Tuesday, November 29, 2016

OPPO NEO 7

Spesifikasi OPPO NEO 7






Oppo Neo 7 adalah telefon pintar yang dilancarkan oleh syarikat Oppo pada tahun 2015. Secara spesifik, nombor model adalah A33f. Telefon pintar ini dilengkapi dengan skrin sentuh berukuran 5.0 inci dengan permukaan cermin bersinar yang disediakan khas untuk pengguna yang menginginkan kekemasan dan kepuasan dalam memakai telefon pintar yang boleh digenggam dengan kemas

Harga telefon pintar Oppo Neo 7 di Malaysia boleh didapati bermula dari RM 700 tanpa sebarang rundingan. Bagi harga tersebut sangat berpatutan dan mampu milik bagi kegunaan harian masyarakat yang tidak mengira golongan bawahan, atasan, muda mahupun tua kerana fungsi telefon pintar itu sendiri yang memberikan jaminan rasa unggul dan paling utama mesra pengguna tidak mengira usia . Masyarakat yang mengharapkan lebih banyak fungsi melebihi limitasi telefon pintar bajet tersebut akan menimbulkan isu-isu yang boleh mengakibatkan kejatuhan reputasi telefon pintar ini. Pun begitu, telefon pintar ini sangat memberikan daya tarikannya yang tersendiri yang tiada pada telefon pintar lain kepada pengguna yang sedang mencari telefon pintar yang mampu milik dan setanding peredaran teknologi yang terkini.

Seterusnya, penampilan luaran yang direka khusus untuk Oppo Neo 7. Ukuran badan 142.7 mm x 71.7 mm x 7.6 mm (5.62 x 2.82 x 0.30 in)  dan berat maksimum 141.0 gram (4.97 oz) yang sangat ringan untuk dibawa dan sempurna untuk pengoperasian satu tangan yang memudahkan pengguna menguruskan kerja secara konsisten. Bagi belakang telefon pintar, salutan optik dan gentian kaca digunakan  untuk meningkatkan kekuatan dan keanjalan sekiranya mengalami sebarang hentakan kecil atau besar. Pilihan warna termasuk seramik putih dan hitam dalam. Terdapat slot kad Dwi SIM (Nano-SIM / Micro-SIM) dan MicroSD-SIM mengikut teknologi terkini menyokong rangkaian 4G dengan kelajuan sehingga 150 Mbps yang membuatkan pengguna melayari laman web tanpa mengira waktu. Slot kad MicroSD menyokong pengembangan memori sehingga 128 GB dan untuk versi 3G sehingga 32 GB.

Selain itu, apa yang membuatkan telefon pintar ini berbeza daripada mana-mana telefon pintar yang pernah wujud adalah ia direka dengan teknik bingkai akra-mikro yang memotong lengkok bulatan dan mencipta lengkuk unik yang diselaraskan di setiap penjuru untuk keselesaan dan keselamatan tangan pengguna. Bingkai tersebut datang dalam dua variasi warna iaitu emas dan perak. Telefon pintar ini dikuasakan oleh bateri tidak mudah alih sebanyak 2420mAh. Ukuran bateri adalah 142.70 mm x 71.70 mm x 7.55 mm (tinggi x lebar x tebal) dan berat maksimum 141.00 gram. Jangka hayat bateri mengagumkan kerana  mampu bertahan lebih daripada sehari dengan penggunaan secara optima.
Maksimum hayat bateri ialah 218 jam.Teknologi bateri ini diperbaharui dengan pembuatan daripada Polimer Litium yang tidak mudah bocor atau melepaskan haba dengan peningkatan yang mendadak.

Masuk kepada ciri-ciri khusus telefon pintar. 8 megapiksel kamera utama dilengkapi cahaya sensitiviti, fokus auto dan pancaran cahaya LED mampu mengurangkan error untuk mengambil gambar  dan video yang jelas dan berkualiti tinggi. Turut dilengkapi dengan Beautify 3.0 dan Filters yang sedia ada seperti Ultra-HD, GIF, Pengatup Perlahan, Panorama, Malam Warna-Warni, Pendedahan Double, Foto Audio dan lain-lain. 5 megapiksel kamera kedua menjadikannya telefon pintar yang mampu mengambil gambar diri sendiri dengan lebih baik dan berkualiti. Telefon pintar ini juga boleh merakam  video sehingga 1080p berdefinisi tinggi dengan kamera utamanya. Resolusi skrin ialah 540 x 960 piksel.

Oppo Neo 7 dikuasakan oleh 1.2GHz Quad-core Qualcomm Snapdragon 410 pemproses MSM8916 dan ia datang dengan 1GB RAM . Turut dilengkapi dengan 16GB penyimpanan dalaman (ROM) yang boleh berkembang sehingga 128GB melalui kad microSD. Telefon pintar ini menggunakan Android 5.1.1 Lollipop untuk ColorOS 2.1 sebagai sistem pengendalian yang memudahkan kelancaran skrol. Telefon pintar ini menawarkan lebih banyak memori dan kuasa pengoperasian kepada pengguna Selain itu, telefon pintar ini mempunyai Imbasan Pantas yang secara automatik membersihkan memori dan cache garbage bagi memastikan pengendalian telefon pintar berjalan dengan lancar. ColorOS 2.1 mempunyai pengurusan khusus tiga-dalam-satu yang cekap dan fungsi yang teratur. Menggoncang  telefon pintar untuk penyusunan automatik, pemindahan cepat antara halaman, dan pengurusan ikon secara kelompok merupakan antara kelebihan yang ada pada telefon pintar ini. Prestasi telefon ini dioptimumkan dengan sebaiknya. Ia boleh mengendalikan tugas-tugas harian dengan mudah dan hanya lambat jika memasukkan permainan berat di dalam telefon pintar
Pilihan penyambungan termasuk Wi-Fi 802.11 b/g/n, Hotspot,GPS with A-GPS, Bluetooth v4.0, USB OTG, microUSB v2.0 interfaces, FM Radio,3G dan 4G . Sensor pada telefon termasuk sensor jarak, sensor meterpecutan dan sensor cahaya ambien Jenis waspada yang ada termasuk getaran, nada dering MP3 . 3.5 mm jack untuk fon telinga atau fon kepala termasuk pembesar suara. Sama seperti telefon pintar lain, SMS (Pandangan Aliran), MMS, E-Mail,  E-Mail Penolak adalah satu kemestian bagi telefon pintar terkini sebagai cara komunikasi. Pelayar rasmi adalah HTML5 tanpa termasuk JAVA. Antara aplikasi lain termasuk MP4 / H.264 / pemain FLAC , MP3 / eAAC+/pemain WAV, Alat lihat Dokumen , Alat lihat /Sunting Foto, Kompas, Kalkulator, Kingsoft Office, Perakam Suara, O-Cloud, Cuaca, Alat Imbas Virus, Nota Sendiri, Kalendar, Penggera jam dan Buku Telefon tanpa had.


Akhir sekali, pengeluar telefon pintar utama Oppo Neo 7 iaitu OPPO Electronics Corp. adalah pengeluar elektronik yang berpangkalan di Guangdong, China. Terkenal dengan telefon pintar, syarikat itu juga membuat pemain MP3, pemain media mudah alih, TV LCD, dan pemain Blu-ray /DVD. Ia diasaskan pada tahun 2004 dan telah melancarkan pelbagai jenis telefon pintar Android yang hebat sejajar peredaran teknologi.


No comments:

Post a Comment