Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang salah satu gadget yang saya gunakan iaitu laptop Asus A43SD-VX701D, dan saya membelinya dengan harga RM1457.00.
Saya telah menggunakan laptop ini selama 2 tahun lebih dan kualiti laptop ini sangat bagus kerana sepanjang saya menggunanya, saya tidak pernah mengalami masalah. Untuk pengetahuan am, sumber dari intenet, Laptop Asus adalah keluaran asal dari Taiwan dan sudah dikenali dengan ribuan produk terbaiknya. Harga barangan Asus ini juga amat berpatutan.
Khusus untuk laptop Asus A43SD-VX701D sendiri, Asus selaku salah satu pengeluar barangan elektronik yang baik, telah membekalkan dengan kelengkapan alatan dan spesifikasi yang bagus. Hal ini terbukti dengan hadirnya prosesor Intel Core i3-2330M yang dipadukan dengan saiz memori RAM sebanyak 2 GB. Selain itu, anda juga akan dipuaskan dengan hadirnya hard Drive dengan kapasiti yang cukup besar hingga 640 GB. Laptop Asus ini tidak hanya dibekalkan dengan spesifikasi lengkap, malah laptop asal Taiwan tersebut juga dibekali dengan reka bentuk yang cukup baik dan menarikA.
Seterusnya , Asus selaku pengeluar laptop ini , telah merekanya dengan skrin layar yang berukuran 14 inci dengan resolusi layar yang dapat mencapai sehingga 1366 x 768 piksel. Selain itu, laptop ini juga memiliki berat yang cukup ringan iaitu hanya 2.2 kg saja, sehingga dapat memudahkan kita untuk membawanya atau menyimpannya di dalam beg.
Di samping itu, jenis media grafik bagi laptop ini adalah n Vidia GeForce yang juga merupakan salah satu grafik yang baik, walaupun masih terdapat jenis media grafik lain yang lagi bagus. Namun begitu, saya masih dapat menonton cerita dan video dan membuka gambar tanpa masalah dan kualitinya juga cukup memuaskan.
Selain itu, laptop Asus A43SD-VX701D ini adalah satu unit laptop yang wireless. IEEE802.11 b/g/n adalah jenis bagi wireless yang digunakan untuk laptop ini wireless ini adalah berjenis LAN 802.11 Wi-Fi dan ia di reka untuk kegunaan standards laman sesawang. Dengan kehadiran kemudahan wireless ini, saya dapat melayari intenet dengan mudah dan cepat, tetapi bergantung juga pada signal internet pada sesuatu tempat itu.
Untuk lebih jelas lagi , anda boleh lihat spesifikasi lengkap Asus A43SD-VX701D dibawah ini.
Spesifikasi lengkap Asus A43SD-VX701D
Ukuran skrin : 14 inci
Resolusi skrin : 1366 x 768 piksel
Prosesor : Intel Core i3 2.2 GHz
Memori RAM : 2 GB
Hard Drive : 640 GB
Grafik : nVidia GeForce
Wireless : IEEE802.11 b/g/n
Berat : 2.2 kg
Warna : Hitam
Bateri : 6 cell Lithium Ion Battery
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa pilihan saya untuk membeli dan menggunakan jenama Asus bagi laptop saya adalah tidak merugikan saya. Malah saya berpuas hati dengan laptop keluaran Asus ini. Terima kasih kerana sudi membaca serba sedikit tentang laptop Asus A43SD-VX701D ini. Sekian, terima kasih.
Link RUJUKAN
No comments:
Post a Comment