Tuesday, November 29, 2016

Spesifikasi ASPIRE E5-575G-53VG

Spesifikasi ASPIRE E5-575G-53VG

Komputer riba Aspire E5 atau lebih spesifik Aspire E5-575G-53VG adalah variasi terkini sejajar dengan peredaran teknologi yang dijual dengan harga RM 1899.00 tanpa sebarang rundingan. Komputer riba ini ternyata mampu memberikan prestasi keseluruhun yang bagus dan kukuh. Dengan perkakasan yang berkualiti tinggi, hayat bateri yang panjang dan prestasi yang cekap untuk bekerja dan bermain, komputer riba ini adalah lebih baik daripada yang dijangkakan untuk harga yang berpatutan terutama untuk keperluan pelajar yang masih belajar.
Bagi reka bentuk luaran, komputer riba ini disaluti dengan pelbagai variasi warna yang boleh dipilih iaitu putih, biru, merah dan arang hitam serta mempunyai corak jerami halus ditambah dengan kekemasan yang berkilat dan besifat matte. Akibatnya, peranti ini mungkin kelihatan agak biasa-biasa saja namun mungkin inilah yang dicari bagi pengguna yang sentiasa produktif. Disebabkan seluruh sistem diperbuat daripada plastik, sentuhan elegan telah diminimalkan. Berat komputer riba ini ialah 2.4 kg dan saiz 15.0 x 10.2 x 1.2 inci dengan skrin berukuran 15.6 inci sesuai bagi pengguna yang inginkan kepuasan membuat sebarang kerja sehingga resolusi tinggi 1080p.

Selain itu, saiz permukaan papan kekunci iaitu 4.1 x 3.0 inci yang rata dan sedikit kasar memberikan tekanan yang jelas dan selesa. ClickPad dwisentuh mempunyai saiz 4.1 x 3.0 inci. Pad sesentuh ini mempunyai titik tekanan yang sangat jelas dan sensitif terhadap sebarang sentuhan atau pergerakan isyarat. Di sebelah sisi kiri komputer riba, terdapat tiga pangkalan USB biasa iaitu penyambung USB Jenis-C, pangkalan HDMI dan pangkalan Ethernet. Di sebelah sisi kanan terdapat pemacu DVD boleh tulis dan di bahagian depan terdapat pembaca kad SD. Pembesar suara yang dibina sekali juga mampu menghasilkan bunyi yang kuat.

Seterusnya, Aspire E5-575G-53VG ini menampilkan pemproses Intel Core i5-6200U dengan 2.3 GHz kuasa dwi-teras, serta 8GB RAM dan cakera keras 256GB SSD. Disertakan sekali dengan Windows 10 (64-bit) , 802.11ac perhubungan WiFi  dengan teknologi MU-MIMO dan HDWebcam.Walaupun ia bukan dalam golongan komputer riba yang paling berkuasa di luar sana namun ia dapat mengendalikan segala-galanya sehinggalah ke permainan yang berjulat sederhana dengan mudah dan optimum. Salah satu ciri-ciri terbaik komputer riba ini adalah kad grafik diskret Nvidia 940MX. Menawarkan sebanyak 2 GB memori, kad ini bukanlah model yang terbaru dan terhebat dalam gedung Nvidia, tetapi ia menaikkan mutu mesin kerja ke dalam pelantar permainan yang cukup baik.


Akhir sekali, jangka hayat bateri komputer riba ini berlangsung selama 9 jam dan 43 minit dengan penggunaan optimum. Ia tidak mempunyai keperluan tenaga tinggi berlebihan dengan hanya penggunaan kuasa sehingga 60 watt iaitu kadar purata yang baik. Walaupun penggunaan yang lama, namun pad sesentuh dan papan kekunci tetap berasa dalam keadaan yang optimum tanpa mengalami unsur peningkatan haba. Komputer riba ini melakukan lebih daripada apa yang dijangkakan oleh pengguna dan ini menjadikan komputer riba Aspire E5-575G-53VG bernilai untuk berada di pasaran luar.









No comments:

Post a Comment