![]() |
| HONOR 7 |
SPESIFIKASI
HONOR 7 mempunyai ukuran yang cukup besar kerana memiliki saiz fizikal nya 143mm X 71mm X 8 mm. Dengan beratnya hanya 157 gram . Oleh itu , honor 7 ini amat selesa untuk tapak tangan yang sederhana. Selain ukuran dan beratnya , honor 7 ini tampil dengan rekabentuk yang elegan .
HONOR 7 dibekalkan dengan LCD 5.2 inci yang memiliki resolusi 1080 x 1920 pixels. Dengan prosesor octa core 2.2 Ghz dan 1.5 Ghz . Dia juga di reka dengan penuh teliti untuk kepuasan penggunanya , HUAWEI menempatkan 3GB RAM untuk tidak mengecewakan pelanggannya dengan telefon pintar yang lambat beroperasi dan mempunyai masalah 'hang'.
HONOR 7 dengan harga RM 889-989 amat berbaloi untuk memiliki bagi yang mempunyai bajet untuk telefon pintar bawah daripada RM 1000. Dengan harga yang berpatutan , telefon pintar ini juga dicipta dengan rekaan premium yang mempunyai pengimbas cap jari untuk menjamin keselamatan data pengguna telefon pintar ini. Oleh itu , bagi saya , HONOR 7 antara telefon pintar yang bagus dan mencapai kehendak hati saya untuk memilikinya suatu hari nanti . walhal yang demikian , teknologi semakin maju HUAWEI menjadi jenama yang sentiasa akan di intai oleh saya apabila sudah mempunyai bajet yang secukupnya .

No comments:
Post a Comment