Iphone 5
Iphone
5s diperkenalkan pada september 2013. Ianya mempunyai dimensi 123.8*58.6*7.6mm
(4.87*2.31*0.30 inci) manakala mempunyai berat sebanyak 112g (3.95 oz). ianya
berfungsi dengan keadaan saiz sim yang paling kecil iaitu Nano – sim.
Untuk
paparan pula, jenis paparan yang digunakan ialah LED- backlit IPS LCD,
berkeupayaan layar sentuh iaitu sensitif pada segala sentuhan dan mempunyai 16M
warna yang merujuk kepada 16,777,216 warna yang disediakan. Paparan hadapan
ialah paparan yang sensitif kepada segala jenis sentuhan. Paparan skrin juga
dilindungi oleh Corning Gorilla Glass dan lapisan oleophobic yang ditambah pada
lapisan kaca dan juga tahan akan sebarang calaran seterusnya melindungi kaca
agar tidak mudah pecah.
Sistem
pengoperasian yang digunakan untuk iphone 5s ialah iOS 7 dan boleh dinaiktarkan
sehingga iOS 10.1 manakala chipset yang digunakan ialah Apple A7. Fungsi
chipset adalah mengatur aliran data antara komponen yang terpasang pada
“motherboard”. CPU yang digunakan adalah jenis Dual – core 1.3 GHz Cyclone (ARM
v8- based). Untuk unit pemprosessan grafik (GPU) pula, Iphone 5s menggunakan
Power VR 430(quad – core grafik)
Iphone
5s tidak mengenakan sebarang slot untuk memori. Ianya akan menggunakan memori
dalaman iaitu 16 GB/ 32GB/ 64GB dan 1GB RAM DDR .
Kamera
pula untuk permulaannya ialah 8MP, f/2.2, autofokus dan dual – LED (dual tone)
flash. Ciri- ciri kamera ialah 1/3 saiz keupayaan , 1.5 m saiz pixel,
menggunakan sentuhan berfokus, pengesan senyuman atau muka dan HDR (photo/
panorama) . Untuk video, iphone 5s 1080p atau 30fpsdan 720p atau 120 fps. Untuk
kali kedua. Kamera menggunakan 1.2 mp, f 2.4, 31mm, 720p atau 30 fps, pengesan
muka, HDR dan penggunaan ‘FaceTime ’ dengan Wi-Fi atau data selular.
Iphone
5s juga menyediakan jenis kepekaan iaitu getaran dan juga nada dering,
keupayaan untuk ‘loudspeaker’ juga disediakan. Iphone 5s menawarkan konektor/
plug 3.5mm jack iaitu plug untuk audio dan juga pembesar suara (mikrofon) dan
juga dilengkapi dengan pola suara pengganggu yang aktif untuk mengurangkan
suara serta disediakan 16 – bit 44.1 KHz audio iaitu akan menghasilkan suara bunyi
yang baik.
Untuk
ciri iphone 5s, dari segi pengesanan, iphone 5s menegak menyediakan pengecaman
cap jari,sensor untuk menukarkan skrin dari bentuk menegak atau mendatar dan
mengesan serta mengukur getaran, pengukur putaran objek dan menawarkan
sensor yang digunakan untuk mengesan keberadaan sesuatu objek, digunakan ketika
menjawab panggilan telefon. Lampu layar pada Iphone akan dimatikan secara
automatik apabila telefon berada dekat dengan telinga, sensor proximiti ini
akan menjimatkan bateri telefon. Iphone juga menyediakan aplikasi kompas,
aplikasi untuk pesanan ringkas iaitu iMessage, SMS (thread view ), MMS, email,
dan Push Email iaitu penerimaan email secara automatik jika ada sambungan
internet. HTML5 (Safari) ialah salah satu laman yang disediakan untuk melayari
internet. HTML5 adalah inovasi yang leboh canggih daripada HTML.
Untuk
bateri pula, Iphone tidak mempunyai bateri yang boleh di tukar ganti
(non- removeable Li-Po 1560 mAH battery (5.92 Wh) ) seperti gadget lain. Bateri
tersebut boleh bertahan lebih daripada 250 jam untuk 2G jika tidak digunakan
dan lebih daripada 10 jam ketika membuat panggilan dan lebih daripada 40 jam
jika musik dimainkan.
Iphone
5s dilancarkan dalam 3 jenis warna yang berbeza iaitu kelabu, kelabu dan putih,
dan juga warna emas.

No comments:
Post a Comment